Thursday, 23 June 2011

Naik Atap


Monday, 13 June 2011

Pening Kepala Nak Pilih Warna Cat Rumah

Pada bahagian dalam rumam dibenarkan untuk memilih 6 warna
Pada bahagian luar rumah dibenarkan untuk memilih  3 warna




Naik Bata










Kerja kerja mengikat bata dinding rumah sedang giat dijalankan.

Thursday, 9 June 2011

Pembinaan Tiang Rumah


Tiang tiang telah siap dibina mengunakan kaedah kekotak bentok

Tapak Asas Rumah



Tetulang kongkrit yang di bina diatas asas cerucuk bakau
Tetulang kongkrit dibina menggunakan kaedah kekotak bentuk

TAMBUN TAPAK







Selori Pasir Kuari       = RM350.00
       48 Lori                     = RM 16,800.00


Elok juga sekiranya kita mendapatkan pandangan orang tua tua dalam sebarang kerja yang kita lakukan. Pada saya dalam kerja pembersihan tapak dan tambun tanah agak sukar dan terdapat beberapa masalah di luar jangkaan. Ibu saya mengesyurkan diadakan kenduri omong - omongan ( kenduri kecilan) bermenukan pulut kuning rendang ayam dengan menjemput jiran dan saudaramara terdekat. Syukur Alhamdulillah dengan keberkatannya kerja tambun tapak berjalan dengan lancar.

Wednesday, 8 June 2011

Lakaran Pelan Rumah

 Lakaran Awal Rumah
Lakaran ini di Ihamkan oleh saya berpandukan rumah  taman taman perumahan memandangkan faktor ia tidak melibatkan kos yang agak tinggi bersesuaian dengan kemampuan saya.

          Lakaran Akhir Rumah
Setelah berbincang dengan Pemaju Hin Ying dan mendengar pandangan nasihat daripadanya maka saya bersetuju memilih pelan lantai ini untuk rumah yang bakal saya bina.


AsSalamualaikum Salam Perkenalan


Permulaan Sebuah Rumah
Dalam membina sebuah rumah ini saya bermula dengan membina sebuah perkahwinan bersama isteri tersayang ARLINDA BT BIKHAIRI pada 11/12/2009 dan telah dikurniakan seorang putera yang diberi nama IMAN HAIKAL BIN HUZAIFAH.

Tanah
Pada Ogos 2009 sebelum berkahwin kami telah membeli sebidang tanah di RPT Batu 6 Tambun, Ipoh. Dengan harga Rm40k. Dengan membuat pinjaman Peribadi masing masing.
Arlinda RM 10,000.00
 Saya     RM 30,000.00 
  =        RM40,000.00

Dan kami telah memilih sebuah pemaju iaitu 
http://hinyingconstructionandproperties.blogspot.com/
sila lihat pages untuk lokasi pejabat hinying


HIN YING
Merupakan pemaju yang banyak memberi nasihat kepada saya. Mengenai Kos, Pelan Bangunan, Menguruskan Pinjaman Perumahan dan banyak lagi. Oleh yang demikian pemilihan pemaju ini adalah sangat penting untuk memudahkan kita dalam segala hal dikemudian hari.

Apa yang saya lakukan dalam pemilihan pemaju ini adalah hanya dengan  melihat hasil yang telah pihak HIN YING lakukan dalam pembinaan rumah yang terdahulu. Dengan melawat sendiri tapak projek tanpa pengatahuan Hin Ying. 

Setelah berjumpa Hin Ying dan diberi pejelasan dan pemahaman dalam membina sebuah rumah dari pemohonan pinjaman dan perolehan CF barulah saya memilih pemaju ini untuk membina RUMAH KECIL SAYA

PELAN RUMAH
Selepas memiliki sebidang tanah dan berhasrat untuk membina sebuah rumah diatasnya saya mula membuat beberapa lakaran pelan lantai berpandukan rumah yang saya sewa dengan beranggapan bahawa rumah yang seperti ini tidah melibatkan kos yang agak tinggi bersesuaian dengan pendapatan saya sekeluarga.


Setelah itu saya menunjukkan pelan ini kepada pihak pemaju. Setelah berbincang dan diberi nasihat, akhirnya saya bersetuju dengan pelan yang telah diberi penambah baikan semasa perbincangan tersebut.

PINJAMAN PERUMAHAN
Akan dikemas kini

TAMBUN TANAH
Semasa perbincangan dengan pihak pemaju kos tambun tanah ini di agarkan berjumlam RM6,000.00. Akan tetapi semasa kerja kerja pembersihan tapak dilakukun terdapat keadaan seperti kolam pada bahagia hadapan tapak rumah.

Pada hari pertama kerja kerja penambunan tapak dilakukan melibatkan sebanyak 22 buah lori sepuluh tayar telah masih tidak lagi dapat menambak keseluruhan tapak rumah. Pada hari kedua pada trip kedua sebuah lori telah terbenam ke lapan lapan tayar belakang dimana krin telah digunakan untuk mengalihkan lori tersebut. Tapak tersebut telah berjaya ditambun dengan melibatkan 48 lori pasir sepuluh tayar melibatkan kos sebanyak RM16,800.00
MINGGU PERTAMA DAN KEDUA


PEMBINAAN RUMAH


Tapak Asas Rumah adalah dengan mengunakan cerucuk bakau sebanyak lima batang untuk setiap sebatang tiang melibatkan kos sebanyak RM5,000.00.
MINGGU KETIGA

Tetulang Kongkrit dibina diatas cerucuk bakau mengunankan kaedah kekotak bentok
MINGGU KE EMPAT

Tiang Utama dibina mengunakan kaedah kekotak bentok
MINGGU KE LIMA

Ikat Bata Dinding   mengunakan bata merah
MINGGU KE ENAM


Pada minggu keenam juga kami telah dipanggil oleh pemaju untuk membuat pilihan bunga syiling, cat rumah dan jubin.

Pada awal minggu ketujun ini saya telah di hubungi oleh pemaju kerana terdapat masalah untuk kerja kerja pemasangan paip dimana paip PBA Perak berada terlalu jauh dan melibatkan kos yang agak tinggi mencecah RM3,000.00 setelah berbincang saya dapati terdapat paip PBA dihadapan rumah jiran dibelakang rumah yang dibina. Sekiranya saya mengunakan altenetif tersebut, paip akan melalui kawasan rumah jiran dan saya perlu meminta kebenaran darinya. Pada malam hari yang sama saya bertemu dengan tuan rumah tersebut iaitu abang nazri dan menceritakan permasalahan yang berlaku dan beliau membenarkan saya mengunakan kawasan rumahnya sebagai laluan paip kerumah saya. Ucapan beribu terima kasih untuk abang nazri sekeluarga. ( anggaran kos RM1,500.00 )

Alang Rumah mengunakan konkrit dan tetulang besi dengan kaedah kekotak bentuk
Kekuda mengunakankan aluminium
Naik Atap genting
MINGGU TUJUH

Naik Pagar depan rumah
Pemasangan Paip Air dan Karen
MINGGU LAPAN

Tacap 
Pasang Bingkai Tingkap
Plaster 
Pada minggu sembilan kami dihubungi oleh pihak hinyin untuk memilik reka betuk pagar dan tiang tiang teres..... kami hanya menerima bulat bulat apa yang disarankan hin yin.....

MINGGU SEMBILAN

Siap Plaster Seluruh Rumah
Siap Plaster syiling Luar Rumah
MINGGU SEPULUH

 

Rumah Pertama Ku

Bermula bukan disini Berakhirnya Pun bukan Disini