Tuesday, 23 August 2011

Banjir

 Dari petang sambung malam membawa kepagi hujan tak henti-henti..... Aku masih demam dan asyik teringat pada rumah yang tak siap tu, maklum lah tak sabar kot. Kalau dulu hujan macam ni tanah tempat aku bina rumah tu pasti tenggelam sebab tu kena tambak tinggi. wang pun sudah jadi pasir. Tapi setelah Majlis Bandaraya Ipoh perbesarkan longkang so dah lama tak banjir kat situ..



 Em........................ macam maner... nampak tak aper aku nampak... sekali jalan depan rumah tenggelam... kalau dulu setakat buku lali sekarang lagi satu inci mau sampai lutut.... nak buat mcm maner dah bencana alam... apa kan daya.. Mase aku merandok banjir tu nampak la 5 6 ekor linta berenang renang dan ikan sepilai yang dah lamer aku tak jumpe. teringat zaman kanak kanak. Nak saja aku berenang main banjir.. Dapat juga sekor lintah melekat kat betis aku, dengan pantas aku naik ke darat dan menepisnya.. kali ni teringat pulak minyak lintah.... em.... dah dah... jangan tengok sangat banjir tu tengok dekat pintu pagar tu. bukan main berat aku nak bukak.... kang bini aku kang jangan tak larat nak tolak pulak. huh
oooooooo............... patut la..... longkang sumbat dengan buah kelapa...

Jadi setiap kali hujan kena tengok longkang ni. Kalau tersumbat banjir la jawabnya jalan rumah...

Sunday, 21 August 2011

Pendawaian Elektrik

Bina Rumah
Lagi terguris dihati bila benda dah siap elok elok, siling di tebuk tebuk kasi pecah, dinding dibelah belah pun kasi pecah. Gara gara nak bagi laluan pada wayar elektrik melaluinye. Tapi walaubagaimanapun semua itu telah dibaiki dan di tacap semula setelah kerja pendawaian elektrik selesai. Nanti boleh la pergi ke kedai lampu untuk memilih lampu maner yang paling jimat bajet dan sesuai dengan rumah lagi dan sesuai dengan kemampuan tambah tambah nak raya ni.
     
Bina rumah












Friday, 19 August 2011

Cubaan Pecah Masuk Rumah


Pecah Rumah

Pecah Rumah


Perasaan sedih risau dan marah bercampur apabila saya melawat kerumah mendapati  tombol kunci pintu belakang rumah telah dipecahkan. Walaubagaimanapun pintu tersebut gagal dibuka. Terdapat juga kesan tanah merah pada cermin tingkap yang saya percaya pencuri juga telah menghentak cermin mengunakan bata malah terdapat kesan kesan calar dan goresan pada cermin. Semoga Allah menberikan hidayah mahupun pengajaran dan kesedaran  pada mereka agar mereka tidak mengulang perkara yang sama.


Akibat saya bekerja di Pulau Pinang saya sukar untuk memcari tukang besi untuk membina grill pintu dan tingkap. Berkemungkinan saya akan menangkap muat sahaja  tukang gril atau mengunakan tukang dari pihak pemaju bagi menambah ciri ciri keselamatan pada rumah dalam keadaan yang seakan semakin genting ini.

Friday, 12 August 2011

Cermin Tingkap Rumah Pintu Rumah

Bina Rumah

Bina Rumah

Bina Rumah

Bina Rumah

Bina Rumah

Bina Rumah
Pada minggu ini kelihatan seperti kerja kerja pembinaan terhenti, Sehinggalah pada hari jumaat dimana kerja memasang pintu dan tingkap dilakukan dalam masa satu hari.

Pulau Pangkor