gambar hiasan
Penceramah: Kenapa encik berkata begitu?
Encik : Tuan, saya sudah 30 tahun bekerja bersungguh sungguh tapi tidak pernah
diberi sekalipun anugerah khidmat cemerlang. Meraka yang selalu
berpura pura dan mengipas yang selalunya memperolehinya.
Adakah ini adil, dan perlukah kursus seperti ini diadakan sekiranya
itu yang sering terjadi?
Penceramah terdiam seribu bahasa dan kelihatan tidak berminat untuk menjawab persoalan tadi dan seperti mengalihkan ceritanya ke arah yang lain.
Penceramah: Umur encik berapa?
Encik : 52 tahun.
Penceramah: Tinggal dimana?
Encik : Saya tinggal rumah kampung jer tuan. Orang kampung la katakan.
Penceramah: Rumah sendiri?
Encik : Ya tuan, rumah sendiri dari rumah papan saya duduk sekarang dah jadi
Banglo.
Oooooooooo………………………………
Penceramah: Encik ada anakkan?
Encik : Saya ada lima orang anak tuan. Dah besar besar semuanya. Yang pertama kerja doktor. Yang kedua dan ketiga masing masing jadi cikgu yang keempat dah jadi jurutera. yang bongsu ni jer yang sedang pelajar kat universiti. hujung tahun ni abis la. Tu pun dah ader company yang dah tawarkan die kerja bila abis belajar nanti.
Penceramah: berjaya ya anak encik?
Encik : alhamdulillah tuan rezeki dari allah.
Penceramah: encik, dalam melakukan sesuatu tugas sekiranya kita amanah jujur dan ikhlas pasti akan mendapat balasannya. Tak semestinya hanya dengan mendapat anugerah cemerlang. Cuba encik lihat pada diri encik.. Allah kuniakan hidup yang baik pada encik malah allah kurniakan anak anak yang berjaya, bukankah ini satu anugerah yang tak terhingga pada diri encik. Allah memberi sesuatu yang kita tidak pernah sangkakan.
Lalu bertakunglah air di kelopak matanya. Memikirkan kebenaran yang diperkatakan, Allah memberikan sesuatu dalam keadaan yang tidak pernah kita sangkakan.
Syukur Alhamdulillah.