Sunday, 23 October 2011

Saliran dan Laici Malaysia

Minggu ni kerja kerja luar rumah dijalankan.. almaklum lah... kawasan rumah takda longkang,,, tiga aduan kepada MBI telah dihantar,,,, namun jawapannya tetap sama, tidak mempunyai peruntukan yang cukup nak buat longkang tu. So samalah dengan saya tak cukup jugak peruntukan, jadi terpaksa la buat sendiri saliran, dengan berjenterakan tukul, pahat dan cangkul. lalu kugalilah dan ku pahatlah jalan depan rumah. Bila dah siap koreng, korek pun tak berapa dalam, kena beli la pulak paip PVC, dua batang, satu batang rm36 sepanjang 20kali lebih. dan bli jugak penutup longkang simen tu pun sekeping Rm35, beli penyambung paip dan keci keci punya barang kenalah semua RM195,  Semalam jugak siap... dah mcm rupe batas sayur jer..... huh.



Lepas tu taman pokok laici malaysia pulak, aku bawak dari pulau pinang,, harap harap hidup lah....




Saturday, 15 October 2011

Kabinet Dapur



Selamat pasang kabinet dapur, hampir tiga minggu ditempah lalu siap dipasang, sengaja mintak dilewatkan pemasangannyer maklumlah. masuk satu persatu mengikut jadual. Memilih warna putih celoreng kelabu untuk menambah terang memandangkan warna jubin lantai kelabu gelap. Baru siap dipasang anak kecil tu dah pandai belajar main bukak tutup. Bila tersepit tangan sekarang anak kecil berani bukak aje... tutup dah tak berani.

Meja makan sampai pada hari yang sama dengan sofa... memilih warna putih corak hitam . 
Bermalam kami disini, perak vs selangor punya pasal terpaksa la angkut tv dari rumah sewa ke rumah ni. huh.... perak kena la pulak.
Malam tu jugak Bapak mertua dan adik ipar datang menghantar anak pokok kelapa yang aku pesan, nak tanam  dekat tepi jalan depan rumah, nak bagi redup la cikit..  tanah yang ada walaupun sekangkang kera harus la dimanfaatkan.
nak minum air kelapa jemput la datang rumah tp 2 tahun lagi kot baru bebuah kelapenyer, sabaaak na.

Monday, 10 October 2011

SOFA




teruja betul anak dengan meja kopi ni..  sampai di cium tak sudah sudah. maklumlah masa dirumah sewa dulu lapang saje. mungkin teruja kali pertama dapat tengok pegang nak dipuaskan hatinye langsung dicium meja ni.. anak anak oh anak. dari pada tengah hari semalam sampai kami terpaksa tidur bermalam dirumah dengan pertilamkan  toto semata nak tunggu sofa dihantar kerumah. bangku tangan tu ada dua akibat yang lagi satu telah berlubang entah tak tahu puncanya kedai perabut akan menggantikan yang baru.. tapi kena tunggu sampai stoknya dulu ya.....

Saturday, 8 October 2011

LANGSIR

langsir

langsir

langsir

langsir

langsir

langsir

langsir

langsir

langsir

langsir

langsir

langsir




langsir

langsir

langsir

Saturday, 1 October 2011

GRILL

grill

grill

grill

grill

grill

grill

grill

Setelah hampir dua minggu memesan grill akhirnya ia siap dipasang. Mengambil masa satu
hari setengah untuk kerja kerja memasang grill dirumah, menambahkan lagi ciri ciri keselamatan.
Pada minggu ini juga saya bersama isteri dan anak mengemop lantai bergotong royonglah. 
Kos yang diperlukan untuk memasang grill keseluruhan rumah adalah sebanyak 4k.
Dengan tukang grill Encik Dolah yang bengkelnya terletak betul betul di hadapan pintu masuk
Institut Perguruan Hulu Kita Ipoh Perak bermurah hati menghadiahkan penyidai pakaian beroda.
Terima kasih jugak kepada adik dan kakak saya yang telah menguruskan segala kerja mengenai grill
almaklumlah oleh kerana saya bekerja jauh dan tidak dapat menguruskannya sendiri dan
sememangnya memerlukan bantuan mereka.





Tengokkan gelagat anak bukan main seronok turut membantu membersihkan rumah.
Dengan beraltenetifkan seluarnya sendiri mengemop lantai.
Tak patut Tak patut

Pulau Pangkor