KELEBIHAN SEMBAHYANG

Muhamad Bin Ali Tirmizi r.a menyebut bahawa sembahyang itu tiang agama. Ia merupakan kefarduan yang pertama ke atas sekalian umat Islam sepaya bersembahyang. Sesungguhnya sembahyang itu adalah Allah menghadap sekalian hambanya, supaya sekalian hamba itu menghadapnya dalam rupa kehambaan dengan keadaan merendah diri, menyerah diri kepada tuhannya, menghina diri, dengan khusyuk khudhuk gemar-suka dan rindu dendam.

wukuf itu (berdiri) rupa bagi merendah diri, takbir itu rupa bangi menyerah diri, pujian dan bacaan itu rupa bagi menghina diri, rukuk itu rupa bagi khuduk, sujud itu rupa bagi khusyuk, julus (duduk) itu rupa bagi gemar, dan tasyahhud itu rupa bagi rindu dendam. Maka sekalian hamba berhadap kepada Allah supaya Allah berhadap kepada mereka dengan kasihan-belas dan lemah-lembutnya dan dihampiri mereka. Sesungguhnya tiada suatu pekerjaan agama yang terlebih besar daripada ini.

Nabi Muhamad s.aw. bersabda:  Sembahyang itu nur dan Sabdanya: Allah sentiasa menghadap kepada hambanya dengan mukanya, selama hambanya itu berkekalan di dalam sembahyang dan Allah menetapkan mukanya  kepada seseorang kamu selama seseorang itu berkekalan menghadapnya.

Pulau Pangkor