PEDOMAN


 gambar hiasan

Didalam sebuah bilik kuliah di institut ternama di ibu Negara. Sedang penceramah bermula bicara.. Lalu kata katanya dimatikan dengan petah seorang peserta yang agak berumur.. (Peserta: Tuan, kenapa perlu tuan berceramah di depan saya sedangkan ada di antara meraka yang melaksanakan tugas dengan tidak sepatutnya, dan mendapat penghargaan yang besar malah di beri anugerah khidmat cemerlang. Yang sebenarnya meraka berpura pura dalam melaksanakan tugas. Sedangkan saya sudah sampai suku abad bertugas tidak pernah mendapat sebarang anugerah. Adakah saya perlu mencanang kerja yang dilakukan untuk mendapatkan anugerah seperti itu.. atau  mereka yang tidak tahu menilai? Lalu tuan penceramah tergamam terdiam lalu tersenyum. ( Penceramah: Encik izinkan saya melaksanakan tugas yang diamanahkan, selepas sempurna amanah ini kita bincang ya.) Penceramah menyambung ceramahnya hingga la selesai. Kemudian beliua berjumpa di sebuah bilik yang hanya ada mereka berdua sahaja.


Penceramah:  Kenapa encik berkata begitu?
Encik           :  Tuan, saya sudah 30 tahun bekerja bersungguh sungguh tapi tidak pernah
                       diberi sekalipun anugerah khidmat cemerlang. Meraka yang selalu
                       berpura pura dan mengipas yang selalunya memperolehinya.
                       Adakah ini adil, dan perlukah kursus seperti ini diadakan sekiranya
                       itu yang sering terjadi?


Penceramah terdiam seribu bahasa dan kelihatan tidak berminat untuk menjawab persoalan tadi dan seperti mengalihkan ceritanya ke arah yang lain.

Penceramah:  Umur encik berapa?
Encik          :   52 tahun.

Penceramah: Tinggal dimana?
Encik           : Saya tinggal rumah kampung jer tuan. Orang kampung la katakan.

Penceramah: Rumah sendiri?
Encik           : Ya tuan, rumah sendiri dari rumah papan saya duduk sekarang dah jadi
                       Banglo.

Oooooooooo………………………………

Penceramah: Encik ada anakkan?
Encik           : Saya ada lima orang anak tuan. Dah besar besar semuanya. Yang pertama kerja doktor. Yang kedua dan ketiga masing masing jadi cikgu yang keempat dah jadi jurutera. yang bongsu ni jer yang sedang pelajar kat universiti. hujung tahun ni abis la. Tu pun dah ader company yang dah tawarkan die kerja bila abis belajar nanti.

Penceramah: berjaya ya anak encik?
Encik           : alhamdulillah tuan rezeki dari allah.

Penceramah: encik, dalam melakukan sesuatu tugas sekiranya kita amanah jujur dan ikhlas pasti akan mendapat balasannya. Tak semestinya hanya dengan mendapat anugerah cemerlang. Cuba encik lihat pada diri encik.. Allah  kuniakan hidup yang baik pada encik malah allah kurniakan anak anak yang berjaya, bukankah ini satu anugerah yang tak terhingga pada diri encik. Allah memberi sesuatu yang kita tidak pernah sangkakan.

Lalu bertakunglah air di kelopak matanya. Memikirkan kebenaran yang diperkatakan, Allah memberikan sesuatu dalam keadaan yang tidak pernah kita sangkakan.

Syukur Alhamdulillah.