SUCI DAIPADA NAJIS

Suci dirinya daripada najis yang tiada dimaafkan pada tubuh, kain dan tempat sembahyang. Mana-mana bahagian badannya tidak tersentuh dengan najis pada gerak dan duamnya. Maka tiada sah sembahyangnya jika terdapat mana-mana satu daripadanya. Dan tiada sah sembahyang bagi orang yang menanggung sesuatu yang bersambung dengan najis seperti menanggung tali yang terikat pada anjing san lainnya. Dan tidak mengapa jika berkebetulan dengan najis ketika bangun dan duduknya selagi tidak bersentuh dengannya.

Najis-najis yang dimaafkan ialah seperti kesan tempat istinja' dan sedikit daripada darah, tahu lalat, tanah jalan raya yang najis, darah tuma, kutu anjing, darah bisul, nanah, danor dan air kuman yang ada bau. Jika ia bersembahyang dengan najis yang tidak dimaafkan dan tidak mengetahuinya atau terlupa kemudia teringat, wajiblah ia mengulangi sembahyang itu.