Thursday, 17 November 2011

SetaHun YanG DuLu

Setahun yang dulu semalam aku dan isteri bertolak dari perak ke pulau pinang. Masa itu semalam adalah hari raya korban yang pertama, aku tak dapat nak cuti sebab banyak kerja yang nak dibuat di pejabat, bertolak petang malam kami pun sampai ke pulau pinang. Kami bermalam di PEARL VIEW HOTEL, hotel yang pertama aku nampak, dari semalam jugak bini aku nakkan air kacang soya, dah malam aku pun tak larat nak p kedai beli, tunggu besok jer la sayang oi. Esoknya.... kira tarikh hari ni la. Kami sarapan pagi kat cafe hotel.. Ade jumper air kacang soya,, bini tersenyum puas. Pade hal air kacang soya jer, tu la penangan orang mengandung. Aper apa hal selamat aku die tak mengidam yang pelik pelik, Kemudian kami siap siap ke klinik berdekatan, klinik kesihatan butterworth untuk cek tekanan darah tinggi bini, orang mengandung macam ni la semua tinggi. sampai kat klinik doktor kata tekanan darah agak tinggi, die disarankan p hospital, tp punya la baik doktor ni, baik ke aper jer takut aku laki bini lari tak p hospital ker entah le, doktor suruh naik ambulans, ni la kali pertama bini aku naik ambulans, aku pulak ikut dari belakang bawak kereta, lampu liplap ambulans dinyalakan, sampai lampu isyarat bunyi ambulans pulak dimainkan, penyudahnya tak dapat aku nak ikut ambulans tu... laju macam pelesit. Jururawat yang mengiringi bini aku dua orang, dua dua sengeh sengeh, katanyer bini ko ni mau kena bedah ni, tula dah sarat mengandung dok bawak p jalan buat per, huhuhuhuhu. lalu ditahan la bini aku dalam wad bersalin tp bukan untuk dibersalinkan tp untuk ditenang tenang kan agar darah tingginya turun. Dah duduk dalam wad bersalin mau ker turun darah tingginyer, bagi la wad yang tenang sikit, ini wad bersalin aku pun rasa mcm nak terberanak, huh cakap doktor jangan di lawan ya.... ya ikut kan saja. Sejam kemudian aku di bawak berjumpa doktor, dengan sedikit penjelasan akhirnya aku bersetuju untuk bini aku di bedah, keluar ikut tingkap la anak aku. dari pukul 2 petang hingga ke 5 petang, punya la banyak orang beranak, masuk bawak perut, keluar bawak anak, bini aku jer yang tak keluar lagi dengan anaknya, Dan akhirnya bini aku keluar dari wad bersalin, langsung aku terasa lega, aper lagi dengan semangat berkobar-kobar aku p la kat bini aku. ohhhhh,,,, saaaayanng. maner anak nyer, terkejut jugak tengok anak tak der di sisi, Dalam perut, jawab bini aku slumber. perrrr belum beranak lagi. rupernye baru nak di bawak ke dewan bedah. langsung aku pulak macam nak kena darah tinggi. Dan akhirnya selamat lah anak ku lahir ke dunia pada 18/11/2010 jam 5.24ptg. ok nanti aku sambung pulak citer lepas bini aku bersalin, maklum le aku berdua jer kat pulau pinang, bersalin yang tidak dijangkakan.. tp dah mcm mcm rase.....

3 comments:

  1. kes bini ko sama mcm aku la..hehe..drh naik 200/200++...terus belah perut..x tgu lama..takut sawan kan??toi x doc ckp cmtu??anak ko ic penang la ehh??

    ReplyDelete
  2. Tul Tul..... untuk keselamatan anak dan ibu, ic penang le.....

    ReplyDelete
  3. Terkejut bila dpt berita Linda dah bersalin kat sana masa tu. huhuhu

    ReplyDelete