MENUTUP AURAT

Bagi kaum lelaki dan hamba sahaya perempuan ditutup auratnya antara pusat dan lutut. Manakala bagi kaum perempuan dan khunsa yang merdeka ditutup seluruh tubuhya kecuali muka dan dua tapak tangannya. Ditutup dengan sesuatu yang dapat menghalang daripada warna kulitnya dari arah atas dan kelilingnya, tidak termasuk dari arah bawahnya, walaupun ditutup dengan melumurkan lumpur.